

|
Enemies in blanket~ #part 2#
Isnin, 17 Mac 2014 • 9:02 PG • 0 comments ![]() Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan Aqmar nak kongsi pasal al-Quran Fatimah dalam buku "Syiah Musuh Tersembunyi". Bagi yang sapa dah lupa tu, sila rujuk balik kat blog list. Ada satu riwayat syiah berbunyi macam ni. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Hamzah, beliau meriwayatkan daripada Abu Abdullah; "Di sisi kami terdapat Mushaf Fatimah. Demi Allah, tiada di dalamnya satu huruf pun daripada al-Quran tetapi ia merupakan ucapan Rasulullah dan tulisan daripada Ali."(Lihat: Bahrul Anwar: 26/48) *ni copy dr buku je..hehe* Hah, dari sini nak kemukakan satu soalan : Jika kitab ni benar, hasil daripada ucapan Rasulullah SAW dan tulisan tangan Saidina Ali r.a, kenapa ia disembunyikan? Sedangkan kita semua tahu, Allah mengarahkan Rasul-Nya supaya menyampaikan apa yang diwahyukan. Berdasarkan firman Allah, Surah Al-Maidah ayat 67: Maksudnya : Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan tidak menyampaikannya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya." Bahkan, sifat Rasulullah SAW juga adalah siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Secara tidak langsung, keyakinan syiah ni umpama menafikan kerasulan Nabi SAW sendiri. *rukun iman ni* Seterusnya, dakwaan Khomeini adalah dia mengatakan bahawa Siti Fatimah menerima wahyu daripada Malaikat Jibril selepas Baginda SAW wafat. *apakah?* Rasanya, umat Islam semua dah tahu yang tiada manusia lagi yang menerima wahyu selepas Rasulullah SAW. Fahaman Khomeini dan ulamak2 syiah juga turut berpendapat yang al-Quran sekarang telah diubah oleh Saiyidina Uthman r.a. Kita sebagai umat Islam jelas mengetahui bahawa al-Quran merupakan kitab yang terakhir dari Allah s.w.t dan akan dipelihara oleh-Nya sehingga hari kiamat. Sedangkan, kitab yang syiah mengaku adalah benar, disembunyikan. Kenapa sembunyi? Kenapa tak dikeluarkan?? Kenapa tak bagi umat Islam baca kalau betul?? Tambahan menurut syiah, Al-Mahdi mereka akan menggunakan kitab Nabi Daud (as). Dah tu, bila nak guna mushaf Fatimah? Takkan buat kenangan je. Kesimpulannya, al-Quran mushaf Fatimah ini adalah BOHONG. Sekian. Itu saja nak kongsi. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh beli buku ni kat mana2 kedai yang korang jumpa dan baca. BACA! Jangan buat perhiasan. Wallahualam. :) *sayang awak semua* |
CUTE D'OWNER;
![]() GIFT FROM ME;
OTHERS; KOTAK JERIT SANA~; ![]() BLOG LIST; LET'S PRAY!;
WHAT TO DO?; |
