N.Hijrah ;
I LOVE U 1.4.3!
N.HIJRAH is here! Thanks for visiting and do leave a comment!! :)
CUTIE ME ENTRY LINKS TWITTER FACEBOOK BLOGSKIN
#Throwback Memory
Ahad, 20 April 2014 • 3:49 PTG • 0 comments


Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak recall memori aku kat sekolah dulu.. (ex-taayah) Wei, siyesly aku rindu nak wat aktiviti yang selalu aku wat kat sekolah!!! :'( Patut la orang selalu cakap, hargai zaman sekolah walaupun betapa korang x sukanya kat sekolah tu. Cause nanti korang rindu! Huhu.. Ok, stop kat situ. Jom korek balik memori! X)

5.00 am - 7.00 am :

Time ni aku bangun tido. Awal x? Kalo kat rumah, konfem2 kat kul 7 baru bangun. *jangan tiru aksi ini* Then, bangun tido, aku terus pegi shower. Hah, lupa nak cite. Aku bangun awal sebab aku malas nak rebut shower dengan orang. Kalo korang bangun kul 6 lebih, for sure dah ramai + shower full! So, nak elakkan tu aku bangun la area2 kul 5 pagi camtu. Kul 6 lebih tu, orang busy pegi mandi, aku busy nak pegi solat dan sarapan pagi. Biasanya aku pegi dengan orang yang dah siap awal cam aku la. Malas nak tunggu orang sebenarnya. Kul 7 lak, orang pegi makan, aku dah gerak berjalan ke kelas. :)

8.00 am - 2.15 pm :

Sesi pembelajaran pun berjalan seperti biasa la. Kalo kat sekolah aku, kitaorang amik total 12 subjek. Ish, kalo orang dengar mesti akan kata camni,

"12 subjek??! Banyaknya.!"

Normal dah bagi kitaorang kalo orang cakap camtu. Tapi yang aku peliknya, apesal terkejut? Cik Amalina, Cik Nik Madihah tu amik banyak subjek, x de lak camtu. -_- Actually 12 subjek tu merangkumi subjek2 yang biasa korang2 belajar tu BUT kitaorang amik ICT, Arab, Quran Sunnah dan Syariah Islam. Yang lain2 tu sama je dengan korang. Hah, sebab tu la kitaorang belajar sampai kul 2.15 kot. Kalo sekolah lain biasa area2 1 lebih dah habis sekolah dah.

Cikgu2 kat sini majoriti rapat dengan pelajar. *tetiba je.. hehe* 

2.15 pm - 4.30 pm :

Habis sekolah, masing2 buat maraton nak pegi makan kat dewan makan (dm). *form 1 je suka buat. senior rilek je* Sampai dm kena beratur pulak. :( Makanan kat dm sedap tu memang sedap la. Yela dah perut lapar. Semua mende bantai ja. Lagipun kitaorang memang kuat makan! XD

Perut dah kenyang so pegi solat zohor pulak. Habis je solat, aku pun terus pegi prep petang. Kadang2 kalo dengan kawan, selalunya kitaorang akan singgah koop, beli aiskrim ke. *selalunya aiskrim la! X)* Siyesly kalo kat koop, bila aiskrim baru sampai konfem2 sehari je dah kurang aiskrim dalam peti ais tu. Hahahaha.. cepat betul habis! Kalo yang lambat tu, kuciwa je x dapat aiskrim feveret.

Prep petang pulak, biasanya form 5 akan ada tuisyen punya. Kalo x de pun mesti sebab cikgu tak datang ke or cikgu ade keje nak wat. *jarang sekali xde* Tapi kekadang ade yang prefer x nak tuisyen sebab keje sekolah berlambak. So, takut x siap kang cikgu kuciwa.. :( Selain keje sekolah, ade gak yang nak studi kat merata tempat kat sekolah ni. Budak espiyem le katakan.. X) Hahaha.

4.30 pm - 9.00 pm :

Aku selalunya habis je prep petang dah lesap. Balik dorm, aku rehat2 jap then pegi solat asar. After asar, kalo yang rajin biasanya pegi lari2. Jogging gitu.. haha. Aku malas so aku pegi mandi je la. Habis mandi, as usual aku wat keje sekolah ataupun studi mana yang aku blur2 alam gitu. *bab blajo, aku lambat pickup sikit*

Memandangkan dorm campur senior-junior, selalunya diorang ni x berani nak kaco aku kalo aku tengah wat keje + muka siyes gitu. Hahaha. Sori la ye. Aku memang camni. Kat sekolah, masa adalah sangat precious bagi aku. So, aku selalunya suka elak daripada banyak borak2. Unless kalo aku rasa TERsangatlah malas and korang nampak aku conteng2 kertas. Tu baru leh kaco. *peace no war* 


*hasil kerja aku. ni time aku bosan+malas studi*

Prep malam start pukul 9.30 pm. On the way pegi kelas, majoriti kitaorang sangat suka singgah koop kalo buka. Kami pelanggan setia koop! Hehehe. 

Waktu prep malam, kalo x de tuisyen memang semua pegi wat keje sekolah le jawabnye. Studi mana yang x faham. Ok, aku selalu studi dengan budak ni --> Cik Izzah Madihah! X) Hahaha. Nasib la kau dapat kawan yang suka annoy kau walopown tengah studi. Bila aku + Cik Beruang a.k.a Amni bergabung mau sakit kepala kau melayan kitaorang. Hahahahaha! Pape pun thanks sebab sabo je layan.

11.00 pm - 12.00 pm :

Prep malam habis. Aku as usual habis prep terus lesap. Haha! Sampai dorm, aku akan studi sikit. Tak banyak pun. Tapi kalo aku malas, aku suka doodles. *hobi aku kat sekolah, doodles* Actually, menunggu masa untuk tido je. Then, sebelum kul 12 or paling lambat 12.30 pm, aku pun terus tido. Majoriti bebudak espiyem suka tido lambat sebab nak studi tapi kalo aku memang x suka studi late midnight. Plus, aku nak bangun awal esok paginya. So, tido awal lagi bagus.

THE END OF STORY *clap! clap! clap*



By the way, korang mesti ingat aku ni cam nerd ke or something like that la sebab aku always ikut masa kan? U silap la wei. Bagi aku time management tu sangat penting wat student2 sekolah. Lagipun tu dah jadi sifat aku yang pentingkan masa sebab aku paling x suka + paling malas nak tunggu orang! So, sapa baca blog aku ni sila faham. Kalo orang cakap kul 3.30, aku akan sampai on time/awal sikit dari tu. 

Lastly, entri kali ni boleh panggil recall memori ke? Gaya aku cerita dah macam apa yang aku wat je kat sekolah. Tapi recall la jugak kan??? Kan kan?? Hahaha.. Pape je la. Janji aku puas ingat balik. 

Sekian je daripada aku yang sayang kat korang! *kiss n hug utk girl je*





p/s : cerita kat atas ni time aku form 5 ye! kalo aku nak cite dari form 1 - form 5, panjang pulak nanti. :)


PASTFUTURE
CUTE D'OWNER;
Assalamualaikum & 안녕하세요! N.HIJRAH is here. Love you!

Status : Hidup ini terlalu singkat untuk menunggu :(

GIFT FROM ME;


" Smile ease your life "

OTHERS;


KOTAK JERIT SANA~;



BLOG LIST;


  • BlogWalking ~

  • Enemies in blanket~ #part 2#

  • Test JPJ?

  • Driving Lesson Last Day

  • Enemies in Blanket~ #part1#

  • Salam Maulidur Rasul~

  • Driving lesson

  • SPM Is Over, k!

  • Enchanted Gala 2013~ Daebak!!

  • 1st update 2013~

  • LET'S PRAY!;



    WHAT TO DO?;

    Matrik is over!
    Baca Novel~
    Masuk U ke?
    Single?